Isnin, 20 Jun 2016

Apa dia Lebah Kelulut?

Lebah kelulut atau kelulut sahaja (juga digelar meliponini) ialah lebah tidak bersengat yang menghasilkan madu sama seperti lebah madu. Dianggarkan hampir 500 spesis kelulut terdapat di seluruh dunia.[1] Lebah kelulut boleh didapati di kebanyakan kawasan-kawasantropika dunia, seperti AustraliaAfrikaAsia tenggara, dan kawasan tropika Amerika.[2][3].
Madu kelulut dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dan lebih tinggi khasiatnya jika dibandingkan dengan madu lebah.[4][5] Kelulut menyimpan madu di dalam tempayan kecil yang dilapisi propolis. Madu kelulut tidak putih seperti yang didakwa.[perlu rujukan] Rasanya masam sedikit berbanding madu lebah. Lebah ini penting sebagai agen pendebungaan di hutan-hutan dan kebanyakan spesis buah, bunga, sayur dan tanaman lain.[6]

Taburan

Kelulut boleh dijumpai hampir semua di kawasan tropika dan sub-tropika dunia, seperti Asia TenggaraAustraliaAfrika, dan di kawasan tropika Amerika.[2][3] Majoriti lebah eusosial asli di Amerika Tengah dan Amerika Selatan adalah lebah kelulut, walaupun hanya beberapa lebah kelulut mampu menghasilkan madu untuk tujuan pemeliharaan.[7][8]
Kelulut juga berlainan di Afrika, termasuk Madagascar,[9] dan dipelihara di sana juga; madu meliponine dianggap sebagai ubat bagi kebanyakan komuniti di Afrika dan Amerika Selatan.[10]

Kelakuan

Sarang

Lebah kelulut telah mengalami evolusi dengan pelbagai bentuk sarang dan kelakuan pemakanan berbeza, mengikut setiap spesis.[11] Semua kelulut membina sarang dalam sistem tertutup. Kelulut spesis Melipona dan kebanyakan spesis Trigona biasanya membuat sarang mereka di dalam geronggang tunggul kayu atau dahan pokok, dan sesetengah di dalam rongga di dalam tanah atau sarang peninggalan tikus atau parrot.[12][13] Spesis lain pula tinggal di dalam sarangsemut atau sarang anai-anai. Kebanyakan spesis mempunyai tempat-tempat tertentu membuat sarang. Contohnya Trigona thoracica selalu dijumpai membuat sarang di geronggang pohonrambutanmanggis, atau durian.
Bentuk sarang kelulut berbeza daripada sarang lebah madu. Lebah madu membina sarang kom lilin tergantung secara menegak. Sarang kelulut lazim dibina dengan kom eraman mendatar, dengan sel pembukaan di atas, di mana semua kasta muncul (lahir).
Bilik atau ruang eraman dikelilingi oleh dinding keselamatan diperbuat daripada lilin dan propolis digelar involkrum. Di luar involkrum, kelulut membina tempayan lilin lembut (berbentuk seperti telur) untuk penyimpanan madu dan debunga. Tempayan ini boleh bersaiz dari lima sehingga 40 milimeter tinggi. Bagi sesetengah spesis, tempayan madu dan tempayan debunga dipisahkan, manakala sesetengah spesis pula bercampuran.[14]
Sarang kelulut mempunyai muncung yang ditutup oleh batumen, satu bahan istimewa diperbuat daripada campuran resin, lilin dan pelbagai bahan seperti lumpur, minyak, cat, dan kadang, najis haiwan. Ianya seperti propolis hitam dan gelap. Batumen boleh begitu kuat dan tebal dan melindungi koloni daripada air dan musuh.
Kelulut kerap melawat pokok yang mengeluarkan resin kerana mereka memerlukannya untuk pembinaan sarang. Kelulut mengangkut resin di dalam kantung debungan yang terdapat di kaki belakang. Sarang kelulut kaya dengan propolis berbanding dengan sarang lebah madu.[15][16]

Geriak

Sarang baharu tidak dihasilkan dengan geriak. Lebah kelulut menghasilkan sarang baharu dengan lebah pekerja menghabiskan masa membina sarang baharu di geronggang pokok. Apabila sarang tersebut hampir siap, ratu yang baru mengawan akan berpindah masuk bersama beberapa lebah pekerja baharu untuk menyiapkan sarang tersebut.[17]Ratu baharu akan mula menelur selepas itu.

Kitar hidup

Kitar hidup kelulut berbeza daripada lebah madu. Di dalam sesebuah koloni kelulut, boleh terdapat dua atau lebih ratu bertelur.[18] Ratu baru dihasilkan berkala, tetapi kebanyakan dibunuh dan tidak sempat menghasilkan telur. Sesetengah ratu mungkin dikurung dalam sel khusus. Penukaran ratu bertelur tidak berlaku setiap tahun. Sesetengah ratu boleh hidup untuk 3 hingga 7 tahun.

Jantina dan kasta

Secara ringkas, jantina untuk setiap lebah bergantung kepada nombor kromosom yang ia terima. Lebah betina mempunyai dua set kromosom (diploid—satu set daripada ratu) dan satu lagi daripada lebah jantan atau dron. Dron hanya mempunyai satu set kromosom (haploid), dan hasil daripada telur tidak disenyawakan, walaupun pembiakbakaan dalam boleh menyebabkan dron diploid.
Dalam sistem lebah madu, lebah betina mungkin menjadi lebah pekerja atau ratu bergantung kepada makanan apa yang ia terima semasa di peringkat larva (ratu diberi makanjeli raja dan lebah pekerja diberi makan debunga). Sistem kasta dalam kelulut berbeza, dan biasanya berdasarkan jumlah debunga yang dimakan; memakan jumlah debunga yang banyak akan menghasilkan ratu bagi genus Melipona. Namun demikian, terdapat juga komponen genetik sehingga 25%[19] (lazimnya 5-14%) eraman betina mungkin menjadi ratu.
Sel ratu boleh dibezakan dengan melihat sel yang lebih besar berbanding sel biasa. Sel tersebut dipenuhi stok dengan debunga. Apabila ratu baharu menetas, lazimnya ia akan meninggalkan sarang untuk mengawan tetapi kebanyakannya mati.[20]

Ratu

Penghasilan ratu baru adalah dengan ratu kelulut bertelur pada sel yang mengandungi madu dan debunga. Sel tersebut telah diisi oleh pekerja.

Penghasilan produk

Kelulut dapat menghasilkan 3 produk iaitu madupropolis, dan roti lebah. Madu kelulut mempunyai khasiat lebih baik berbanding madu lebah biasa.[21]

Madu-tempayan

Bekas yang akan digunakan oleh oleh lebah kelulut untuk menempatkan madunya. Setelah tempayan madu penuh diisi dengan madu, ianya akan ditutup oleh lebah kelulut.

Meliponikultur

Rencana utama: Meliponikultur
Penternakan kelulut digelar sebagai meliponikultur. Kelulut boleh diternak daripada koloni liar sama seperti lebah lalat.[22] Penternak menggunakan pelbagai jenis bentuk haif mengikut kesesuaian sesuatu koloni kelulut. Ada yang terus dari tunggul kayu, kotak haif, atau gabungan kedua-duanya.
Terdapat pelbagai jenis teknik penternakan kelulut. Ini berdasarkan faktor setempat. Di Malaysia terdapat dua jenis seni bina haif bagi membela kelulut iaitu haif 'topping' dan kotak haif.[23] Setiap seni bina mempunyai kelebihan dan kelemahannya tersendiri. Bagi haif 'topping', teknik ini diaplikasi dengan memotong tunggul atau batang kayu tempat koloni liar kelulut dijumpai. Kemudian kotak diletakkan di atas tunggul kayu itu. Teknik ini amat sesuai untuk kawasan yang panas kerana koloni tersebut masih lagi dibiarkan di dalam kayu. Kelemahan kaedah ini, penternak hanya dapat menuai madu sahaja berbanding teknik kotak haif.
Bagi kotak haif pula, memberi kemudahan bagi penternak untuk menuai madu, roti lebah dan propolis. Namun, teknik memindahkan koloni liar dari tunggul kayu ke dalam kotak memerlukan penternak mahir agar telur dan sarang kelulut tidak rosak semasa proses pemindahan dijalankan.

Sumber Rujukan : 
https://ms.wikipedia.org/wiki/Lebah_kelulut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan